dia itu
lahirnya sebagai salah seorang hamba ilahi
menyertai rombongan khalifah di muka bumi
sucinya diri tatkala menerjah keluar ke dunia
tatkala tangisan diberi
ibu balas dengan penuh sayang
merdu suara mendodoi penuh kelembutan
bersengkang mata menemani tidur
memberi suapan dan susuan
tatkala tangisan diberi
ayah balas dengan penuh kasih
merdu suara melaungkan azan
berhempas pulas masa dan tenaga
mencari rezeri memberi makan
lahirnya sebagai salah seorang hamba ilahi
menyertai rombongan khalifah di muka bumi
sucinya diri tatkala menerjah keluar ke dunia
tatkala tangisan diberi
ibu balas dengan penuh sayang
merdu suara mendodoi penuh kelembutan
bersengkang mata menemani tidur
memberi suapan dan susuan
tatkala tangisan diberi
ayah balas dengan penuh kasih
merdu suara melaungkan azan
berhempas pulas masa dan tenaga
mencari rezeri memberi makan
doa dititip dengan harapan tinggi
wahai anak yg dicintai
membesarlah dikau bak mawar berduri
kuberi ilmu agama sunni
belajarlah kamu mencapai pelangi
banggakan ayah ibumu ini
jalani hidupmu bak sang puteri
moga di akhirat kau tampil bagai bidadari
hujani dirimu dgn amal ibadah
lengkapi dirimu akhlak mahmudah
litupi dirimu dengan hijab purdah
kami warnakan dirimu dengan pelbagai sifat
kami bekalkan kamu dengan pelbagai ilmu
kami hiasi permulaanmu dengan pelbagai amalan
buat bekalan perjalananmu yang penuh dugaan
ingatlah wahai anak,
tiap jalan yang kau tempuh kemudian adalah pilihanmu
tiap langkah yang kau langkau adalah tanggungjawabmu
fikirlah dengan akalmu yang lurus
pilihkan dengan hatimu yang tulus
kembali pada tuhan andai kau temui kebuntuan
kembali pada ilmu al-quran andai kau hadapi kegusaran
kembali pada sunnah andai kau punya kekeliruan
moga kau sentiasa berada dalam jalan yg benar
namun dia itu
membesar sebagai salah seorang generasi kini
terperosok dalam alam muda mudi
terlonggok dalam lingkungan dunia ini
terdampar dalam tarikan budaya
terlemas dalam ombak bahaya
ibu ayah kini jauh dari diri
tiada lagi tangan yg memberi panduan
tiada lagi suara yg memberi arahan
kasihan ayah ibu, andai mereka mengetahui
puteri ini bukan lagi puteri
bidadari ini xmungkin lagi bidadari
entah berapa kali dirinya tersalah pilih
entah berapa kali dirinya tersasar arah
entah berapa kali dirinya tersilap langkah
tapi tak siapa yg tahu
betapa terumbang-ambing diri ini
betapa jauh hanyut dari tebing
betapa lemah untuk melawan arah
betapa diri ini pasrah dan berserah
dan dia itu
dewasa sebagai seorang wanita sepi
dalam diri kosong dan sunyi
makin hilang dalam lombong duniawi
makin tenggelam pegangan diri
makin tipis kekuatan hati
dirinya masih lagi terkapai-kapai
lupa tujuan utama ke dunia ini
erti khalifah pun xsepenuhnya dihayati
kejayaan dunia yang dia kejarkan
kajayaan akhirat selalu dia abaikan
namun dia ingin kembali
ada juga keinginan memperbaiki diri
menebus maruah yang makin tercalar
menarik langkah yang sudah tersasar
ingin kembali disayangi yang Maha Pencipta
ingin kembali dilindungi yang Maha Berkuasa
ingin kembali dirahmati yang Maha Esa
ingin penuhi diri dengan ilmu amalan
ingin lengkapi jiwa dengan penuh keinsafan
ingin terangkan hati dengan doa keampunan
ingin lapangkan minda dengan ketenangan
dan demi sebagai hamba allah yang Maha Pengasih
demi sebagai anak ayah ibu yang disayangi
demi sebagai penganut agama islam yang murni
demi sebagai umat muhammad yang diberkati
akan dia kembali ke jalan awal
jalan sebagai seorang muslimah sejati
jalan sebagai seorang solehah suci
yang akan melalui dunia sebagai puteri
yang kembali menghiasi syurga sebagai bidadari
entah berapa kali dirinya tersilap langkah
tapi tak siapa yg tahu
betapa terumbang-ambing diri ini
betapa jauh hanyut dari tebing
betapa lemah untuk melawan arah
betapa diri ini pasrah dan berserah
dan dia itu
dewasa sebagai seorang wanita sepi
dalam diri kosong dan sunyi
makin hilang dalam lombong duniawi
makin tenggelam pegangan diri
makin tipis kekuatan hati
dirinya masih lagi terkapai-kapai
lupa tujuan utama ke dunia ini
erti khalifah pun xsepenuhnya dihayati
kejayaan dunia yang dia kejarkan
kajayaan akhirat selalu dia abaikan
namun dia ingin kembali
ada juga keinginan memperbaiki diri
menebus maruah yang makin tercalar
menarik langkah yang sudah tersasar
ingin kembali disayangi yang Maha Pencipta
ingin kembali dilindungi yang Maha Berkuasa
ingin kembali dirahmati yang Maha Esa
ingin penuhi diri dengan ilmu amalan
ingin lengkapi jiwa dengan penuh keinsafan
ingin terangkan hati dengan doa keampunan
ingin lapangkan minda dengan ketenangan
dan demi sebagai hamba allah yang Maha Pengasih
demi sebagai anak ayah ibu yang disayangi
demi sebagai penganut agama islam yang murni
demi sebagai umat muhammad yang diberkati
akan dia kembali ke jalan awal
jalan sebagai seorang muslimah sejati
jalan sebagai seorang solehah suci
yang akan melalui dunia sebagai puteri
yang kembali menghiasi syurga sebagai bidadari
~insyallah~
quote of the day: