Wednesday, October 15, 2008

Dlm diriku hanya ada AKU...

Apa tujuan ku di dunia ini?
Apa keistimewaan ku di dunia ini?
Apa kebanggaan ku di dunia ini?
Apa ada dgn diriku ini?

Seorg insan biasa,
pernah menjadi pendusta,
byk melakukan dosa,
Selalu lupa padaNya,
sering alpa pada dunia…

Apa ada dgn diriku?
Kdg2 insaf, kdg2 keliru,
Hidup xtenang, penuh berliku,
Kejayaan xdpt menutup kecelaruan mindaku…

Kenapa aku di sini?
Pasti punya tujuan yg murni
Lalu disesatkan dgn musuh azali
Tanpa kusedar, laluan ku penuh caci…

Siapa aku ini?
Punya perjanjian dgn yg hakiki
Sujud sembah sepenuh hati
namun lain jdnya setelah smpai ke sini…

Setinggi mana darjatku kini?
Adakah sehina pangkal kaki?
Atau seiring manusia bumi
Namun yg pasti, bukanlah sanjungan hati suci...

Hilangkah pedoman hati?
Kerana yang tinggal kosong sepi
Hilang arah tuju aku di sini
Sendirian menanti simpati

Salah siapa aku begini?
Bukan salah ibuku yg selalu menasihati
Bukan salah ayahku yg selalu mengajari
Mungkin kerana diriku sendiri
Atau mungkin penghasut sekeliling
Kerana tiada kawan sejati
Untuk menegur diri ini

Susahkah untuk kembali
Andai hati kini rindu pada ilahi
Hati jemu jauh terasing
Ingin sekali dekat dan suci
Tanpa ilmuNya aku terhina
Tanpa imanNya aku binasa
Tanpa kasihNya aku sengsara

Ampunkanlah dosaku tuhan
Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Ampunkanlah dosa keluargaku
Selamatkanlah kami dunia akhirat
Peliharalah kami dari azab pedihmu
Sejahterakanlah hidup kami di syurgamu
Tenangkanlah hati kami selalu

Semoga kami antara hamba2mu yg insaf & beriman
Semoga kami antara hamba2mu yg Kau syg & redhakan
Semoga kami diberi limpah kurnia, nikmat dan kesenangan
Tetapkanlah hati kami padaMu
Hidupkanlah kami di dunia ini sbg khalifahmu yg benar
Matikanlah kami bila tiba masanya dgn seringan-ringan kesakitan
Tempatkanlah kami di kuburmu yg luas lagi penuh keselesaan
Bgnkanlah kami di mahsyar nanti dgn cahaya kesucian
Pertemukanlah kami nanti di jannatulnaim dgn kegembiraan

Amin..amin…ya’ rabbalalamin…

quote of the day:
"rendah diri itu adalah sikap yg terpuji,
yg jika melakukan dosa, ia diam & malu pd penciptaNya,
dan bila melakukan pahala, ia diam & meminta keredhaanNya..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...