Life isn't about Finding Yourself
Life is about Creating Yourself
berubah ke arah kebaikan itu adalah sgt dituntut...amal maaruf nahi mungkar...heh, ayat ni xabis2 dok ulang jadi jawapan utk kertas agame dulu...melaksanakan tuntutan agama, meninggalkan yg dilarang...i bet each and one of us da hafal sgt dgn ayat ni...tapi jgnlah hafalan tinggal hafalan...sayang ilmu yang belajar tapi tak buat, tinggal berhabuk bersawang berulat memori hafalan tu...jangan kerana bila dah masuk kolej dan universiti, ataupun dah kerja, terus lupa ilmu2 kehidupan ini..."Islam is a way of life" amalkan dalam kehidupan...ilmu yang baik, simpan dan amalkanlah...ilmu yang menyesatkan, mintak2 dijauhkan...hmm, nasihat utk diriku jugak ni...kadang2 bila busy sangat, terlupa terleka semua ade...cuma kenelah cepat2 ingat...ajal maut tu bila2 sahaja...kalaulah kita ni nampak ader dateline ajal tu, konfem setiap masa terkocoh2 nak beramal ibadat...jangan harap la nak tgk tv dgr lagu2 dah...jangan harap la nak buat maksiat dah...jangan harap la nak buang masa lagi...for sure xnak buat apa2 dah selain mengumpul bekalan itu...
if only...cuma Allah tu Maha Penyayang...Dia xnk bagi kita semua stressed out, hidup melampaui norma kemampuan manusia...manusia ni makhluk yang sgt kompleks...yang diberi akal utk berfikir, diberi anggota badan yg cukup, tenaga, nikmat kesihatan, makanan, kekayaan...tapi manusia juga mudah dipengaruhi dgn tipu daya syaitan, tambah lagi dgn keinginan nafsu berbagai2...jadi betullah suruhan Allah itu, amar maaruf nahi mungkar...tidak disuruh solat tanpa henti 24jam sehari...cukuplah syarat 5 waktu solat wajib, andai ada lebih tenaga dan kudrat, dituntut utk melakukan ibadat2 sunat yang lain...tidaklah disuruh membalut diri dgn 10 lapis pakaian utk menutup aurat...cukuplah yang tidak jarang, labuh menutup aurat, dan selesa dipakai serta tidak menunjuk2...tidaklah disuruh makan daun2 sahaja setiap hari lantas makanan2 lain diharamkan...hanya makanan yang tidak halal sahaja dan arak yang diharamkan, tu pun dgn bukti kukuh bahawa makanan & minuman haram ini membawa kemudaratan...indah sungguh tuntutan agama...itupun ada yang melanggarnya...
why does this happen? mungkin mereka2 itu terlalu mengikut perasaan...mungkin mereka itu mudah mengalah dgn hasutan syaitan...mungkin mereka itu terkabur mata dgn kejahatan...sungguh, yang melalaikan itu sungguh indah dan mudah...
Al-Baqarah, ayat 43-46:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua bersama-sama org yg rukuk (berjemaah). Patutkah kamu menyuruh manusia membuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yg sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. Iaitu mereka yg percayadengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
jangan takut utk berubah ke arah kebaikan...jangan takut utk memperbaiki diri...jangan takut utk tampil dgn pembaharuan...sesungguhnya yang paling bertuah adalah diri kita sendiri...biar seribu mata memandang rendah pada kita, tapi Allah Tuhan Yang Maha Esa itu lebih sayang pada kita...semoga diberikan keampunan, perlindungan, petunjuk hidayah dan kebahagiaan di dunia & di akhirat...pada siapa yang kita nak tunjuk kita berubah? ALLAH SWT...Allah Maha Mengetahui bukan...siapa yang berpura2 dan siapa yang ikhlas...sungguh xrugi...yang rugi besar adalah org2 disekelilingmu yang hanya melihat dan mentertawa...rugilah mereka, sesungguhnya dgn ada yang berubah antara mereka, tu adalah salah satu petunjuk dari Allah...sesiapa yang terdetik hati utk berubah bersama, jadi dialah antara org2 yang berfikir dan berakal...anyway, for me, if any of your so-called friends mempersendakan niat kita utk berubah, mentertawakan kita, tu tandanya mereka itu tidak layaklah menjadi kawan...setidak-tidaknya kalau xada niat nak berubah sama, janganlah merendah2kan org lain...kawan yang sejati akan membantu dan mendorong kita ke arah kebaikan...tinggal jelah "kawan2" tu, ataupun jauhkan diri...xrugi pun...suara2 yang sebegitulah bakal mendorong kita ke arah yang lebih menyesatkan...nauzubillah...diharapkan semua berpendirian tetap dan berhati2 memilih kawan...bukan disuruh utk membenci ataupun putuskan silaturrahim, tapi jauhkanlah diri...
Al-Baqarah, ayat 8-15:
"Dan di antara manusia ada yang berkata 'kami telah beriman kpd Allah dan hari akhirat' padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan org2 yg beriman padahal mereka sendiri yang memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedari. Dalam hati mereka terdapat penyakit syak & hasad dengki, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu dan mereka pula akan memperoleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya dengan sebab mereka berdusta & mendustakan kebenaran. Dan apabila dikatakan kepada mereka 'janganlah kamu membuat bencana & kerosakan di muka bumi ini' mereka menjawab 'sesungguhnya orang2 yg hanya membuat kebaikan'. Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah org yg sebenar2nya membuat bencana & kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka 'berimanlah kamu sebagaimana org2 beriman' mereka menjawab 'patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya org2 yg bodoh itu?. Ketahuilah sesungguhnya merekalah org2 yg bodoh tetapi mereka tidak mengetahui hakikat yg sebenar. Dan apabila mereka bertemu dgn org2 yg beriman, mereka berkata 'kami telah beriman' dan pabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula 'sesungguhnya kami tetap bersama kamu sebenarnya kami hanya memperolok-olokkan org yg beriman'. Allah membalas dengan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan yg melampaui batas itu."
ada pula bila kawan berubah, mulalah nak mengungkit kesilapan beliau masa lalu...mungkin kawan tu nakal sikit ketika zaman2 remaja...mungkin juga jenis bergaul bebas dan sebagainya...tgk2 satu hari dah berubah, menutup aurat dan menjaga kelakuan sebaik mungkin...seharusnya kita happy tgk perubahan kawan tu dan membantu dia memperbaiki apa yg kurang...mentaliti masyarakat kita ada yang suka mengata dan memperlekeh org...cemburu ka? sakit hati? tercabar? begitukah umat Islam yg bersaudara? kasihanlah budak tu, andai nak berubah, baguslah...jangan pulak merendah-rendahkan dirinya...sapa tahu, yg dihina itulah yang terlebih dahulu diterima taubat oleh Allah, yang lebih banyak menangis menyesal sudah dgn kesilapan lalu, yang lebih banyak membuat kebajikan, yang lebih banyak belajar Al-Quran daripada kita, yang lebih dekat dirinya dgn Allah sekarang...janganlah kita lupa diri, riak, dan begitu bangga...selesa dgn tahap keimanan yg xseberapa itu pun...setiap org punya kelebihan dan kekurangan masing2...jangan judge dari luaran, ataupun jangan judge daripada fitnah gosip2 yg org lain cakap...baik diam kalau xtahu...hanya Allah yang Maha Mengetahui...yg penting pandang diri sendiri dulu...ukur diri sendiri...diharapkan yg pengakhirannya semua dapat masuk ke dalam syurga...no one wants to end up in hell...so why do we ask for it? kita tahu setiap kelakuan & niat akan dikira dosa pahala...semoga kita termasuk di antara yang beringat2 dan berjaya, dan bukan dalam golongan yang dimurkai Allah ataupun yg dalam kesesatan...aminnn...dan semoga kita bukanlah di antara golongan yg fasik, yg mengaku beriman tetapi sebenarnya tidak, ada di antara mereka yg tidak menyedarinya pun...nauzubillah...
marilah kita berubah ke arah kebaikan
buat baik dibalas baik bukan?
jodoh yg baik pun milik org2 yg baik bukan?
pengakhiran yang baik (syurga) itu bagi org yg baik2 kan?
spread the love & happiness, faith & iman
mulakan dari diri kita sendiri, saat ini
semoga kata2 bukan tinggal kata2
semoga niat yg ikhlas ini, kekal dalam hati
insyaAllah
(^_^)
(yg baik itu semuanya dari Allah, yg serba kurang & silap tu dari saya sendiri)